Klopp tidak mahu tahu berapa lama kecederaan van Dijk

Pelanggaran van Dijk dan penjaga gol Everton, Jordan Pickford pada aksi derby Merseyside minggu lalu. - Foto: AFP via Gettyimages
Pelanggaran van Dijk dan penjaga gol Everton, Jordan Pickford pada aksi derby Merseyside minggu lalu. - Foto: AFP via Gettyimages
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mengakui dia enggan mengambil tahu berapa lamakah masalah kecederaan lutut pemain pertahanan Virgil van Dijk akan berlarutan.

Klopp berkata, berdasarkan laporan perubatan, van Dijk dijangka tidak boleh beraksi dalam tempoh beberapa bulan akibat kecederaan berkenaan.

Bagaimanapun, menurut Klopp, pihaknya juga tidak mahu memberikan tempoh tertentu kepada van Dijk untuk pulih daripada kecederaan berkenaan dan mengesahkan pemain bertubuh sasa itu masih berada dalam senarai kesebelasan pasukan.

"Kami tidak mahu tahu mengenainya tetapi apa yang saya tahu kecederaan seperti itu memang akan mengambil masa untuk pulih, itu yang pasti.

“Lagi pun, setiap pemain adalah berbeza dan tempoh untuk pulih daripada kecederaan juga pasti berbeza,” katanya.

Untuk rekod, bintang Belanda itu mengalami kecederaan ligamen yang agak serius selepas berlaga dengan penjaga gol Everton, Jordan Pickford pada aksi derby Merseyside minggu lalu.

Difahamkan, ketika ini, van Dijk sedang menunggu tarikh pembedahan berhubung kecederaan ligamen yang dialaminya itu.

Kecederaan berkenaan sekali gus membuatkan Klopp menurunkan Joe Gomez dan Joel Matip dengan dibantu Fabinho bagi mengharungi aksi berdepan Ajak Amsterdam dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 22 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, tambah Klopp, dia juga tidak akan menetapkan sesuatu tempoh (beraksi) kepada mana-mana pemain.

Katanya, perkara seperti itu tidak wajar dilakukan dan sebaliknya membantu proses pemulihan pemain berkenaan.

“Biasanya kesudahannya selalu begini. Semua pemain adalah berbeza. Jadi kita tidak boleh letakkan had tertentu (tempoh beraksi),” katanya.