X

Kindly register in order to view this article
!

Polis kenal pasti individu pandu lori melulu

Portal berita Sinar Harian semalam.
A
A

SABAK BERNAM - Polis sudah mengenal pasti seorang pemandu lori yang memandu secara berbahaya seperti yang tular dalam kejadian di Jalan Persekutuan Klang - Teluk Intan berhampiran Sungai Haji Dorani di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, polis sedang dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu lelaki terbabit.

"Polis berjaya mengesan pemandu lori terbabit berdasarkan nombor pendapatan lori yang beralamat di Shah Alam.

"Tindakan saman akan diambil ke atas pemandu terbabit atas kesalahan tersebut (memandu secara melulu dan berbahaya)," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Semalam Sinar Harian melaporkan, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mengekori sebuah lori merakamkan perbuatan seorang pemandu lori tangki memandu secara berbahaya.

Video berdurasi satu minit 41 saat itu memaparkan tindakan pemandu yang memandu lori secara berbahaya dengan menukar lorong sesuka hati tanpa memberikan isyarat selain didakwa mengeluarkan kata-kata tidak sopan terhadap Jamal sejurus kedua-duanya memberhentikan kenderaan masing-masing di tepi jalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular video lori tangki dipandu secara berbahaya


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!