X

Kindly register in order to view this article
!

Tujuh kawasan alami gangguan air berjadual Isnin depan

Aplikasi Air Selangor memaklumkan gangguan bekalan air berjadual di tujuh kawasan di Kuala Selangor dan Sabak Bernam, Isnin depan.
A
A

KUALA SELANGOR - Sebanyak tujuh kawasan di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual berikutan kerja-kerja pencucian paip agihan pada Isnin ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi aplikasinya memaklumkan, sebanyak empat kawasan di Kuala Selangor dan tiga kawasan di Sabak Bernam terjejas ekoran pencucian paip agihan di Sungai Gulang-Gulang dan Sungai Air Tawar.

"Empat kawasan di Kuala Selangor yang terlibat ialah di Jalan Sungai Gulang-Gulang 6/2, Jalan Sungai Gulang-Gulang 6/3, Jalan Sungai Gulang-Gulang 7/1 dan Jalan Sungai Gulang-Gulang 7/2.

"Penutupan sementara bekalan air ini dijangka berlaku pada jam 10 pagi dan dijangka pulih pada jam 8 malam hari sama," katanya.

Aplikasi itu turut memaklumkan, gangguan sama berlaku di tiga kawasan di Sabak Bernam iaitu di Jalan Mohd Yasin, Jalan Tebuk Mufrad dan Jalan Belia.

"Penutupan sementara bekalan air di tiga kawasan terjejas bermula dari jam 9.30 pagi dan pulih pada jam 5.30 petang," katanya.

Justeru, kenyataan itu mengingatkan supaya pengguna menyimpan bekalan secukupnya sepanjang tempoh gangguan berkenaan.

"Segala tindakan akan diambil bagi mempercepatkan kerja-kerja pencucian paip agihan ini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!