X

Kindly register in order to view this article
!

Selamba teroka hutan simpan nak tanam durian

JPNK menahan lelaki yang sedang leka meratakan tanah di Hutan Simpan Gunung Raya, Langkawi, semalam. - Foto ihsan JPNK
A
A

ALOR SETAR - Seorang lelaki ditahan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) ketika sedang leka meratakan tanah untuk menanam pokok durian di Hutan Simpan Gunung Raya, Langkawi, semalam.

Pengarahnya, Roslan Rani berkata, hasil maklumat dan risikan, lelaki tempatan berusia 47 tahun itu berjaya ditahan pada jam 6 petang semalam.

"Kita turut merampas mesin gergaji, motosikal, parang, cangkul dan penggali lubang yang digunakan bagi aktiviti berkenaan," katanya menerusi suatu kenyataan, hari ini.

Antara peralatan yang digunakan bagi meratakan tanah di Hutan Simpan Gunung Raya, Langkawi. - Foto ihsan JPNK
Antara peralatan yang digunakan bagi meratakan tanah di Hutan Simpan Gunung Raya, Langkawi. - Foto ihsan JPNK

Menurutnya, dianggarkan pelbagai jenis pokok di tanah seluas 0.2 hektar itu sudah ditebang serta dibersihkan tanpa kebenaran dan JPNK masih lagi menyiasat jumlah kerugian terlibat.

"Lelaki terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Langkawi untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 81(1)(e) Akta Perhutanan Negara 1985 kerana membersih dan membajak tanah untuk tanaman. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Antara pokok yang ditebang dan dibakar oleh lelaki berkenaan untuk melakukan penanaman pokok durian di Hutan Simpan Gunung Raya, Langkawi, semalam.  - Foto ihsan JPNK
Antara pokok yang ditebang dan dibakar oleh lelaki berkenaan untuk melakukan penanaman pokok durian di Hutan Simpan Gunung Raya, Langkawi, semalam. - Foto ihsan JPNK

“Lelaki yang merupakan penduduk pulau ini turut disiasat mengikut Seksyen 47(1) akta yang sama iaitu memasuki hutan tanpa kebenaran yang boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!