MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Saudel

Ribut tropika kuat Saudel boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan berhampiran perairan Sabah.
Ribut tropika kuat Saudel boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan berhampiran perairan Sabah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat ribut tropika kuat Saudel yang boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan berhampiran perairan Sabah.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, MetMalaysia memaklumkan jarak bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu kira-kira 1,315 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah.

"Berdasarkan pencerapan pada jam 8 pagi ini, kedudukan ribut tropika itu berada kira-kira 590 km ke timur laut Da Nang, Vietnam dan bergerak ke arah barat, barat laut dengan kelajuan lima kilometer sejam.

"Kelajuan angin ribut tropika itu boleh mencapai sehingga 111 km sejam maksimum," menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: