MBSA tawar bayaran kompaun RM10

MBSA
MBSA
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan bayaran kompaun Tempat Letak Kereta (Perintah Pengangkutan Jalan MBSA 2007) sebanyak RM10 daripada harga asal bagi setiap pembayaran dalam tempoh 24 jam.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi kenyataannya hari ini memaklumkan pengurangan kompaun itu merupakan inisiatif MBSA untuk membantu dan menggalakkan Orang Kena Kompaun (OKK) menyelesaikan tunggakan kompaun sebelum tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang gagal menyelesaikan tunggakan kompaun masing-masing.

"Antara jenis kesalahan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan MBSA 2007 adalah seperti meletakkan kenderaan di dalam petak letak kereta yang dikhaskan untuk kenderaan tertentu dan mempamerkan kupon letak kereta yang tamat tempoh.

"Orang ramai boleh membuat pembayaran kompaun di Kaunter Utama, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, Shah Alam, Pejabat Cawangan Sungai Buloh, Pejabat Cawangan Kota Kemuning dan Pejabat Cawangan Setia Alam," kata kenyataan itu.

Jelasnya, pembayaran juga boleh dijelaskan melalui saluran bayaran JomPAY untuk memudahkan OKK yang melakukan kesalahan untuk membuat bayaran.

OKK hanya perlu memasukkan biller code 6726, nombor kompaun pada ref1 serta nombor telefon pada ref2 dan seterusnya jumlah bayaran," katanya.

Artikel Berkaitan: