X

Kindly register in order to view this article
!

Cari waris Muhammad Asraf

Rahim bersama anak angkatnya Muhammad Asraf yang dijaga sejak dua tahun lalu.
A
A

MELAKA - Seorang pegawai polis risau memikirkan masa depan anak angkatnya sekiranya usaha menjejaki waris kanak-kanak berusia lapan tahun itu tidak berhasil.

Lebih meresahkan keadaan itu turut menyebabkan Rahim Dollah dan isterinya, Siti Alimah Paiman sukar untuk membuat proses dokumentasi untuk anak angkat yang dijaga sejak dua tahun lalu memandangkan sehingga kini kanak-kanak lelaki itu belum mempunyai surat beranak.

Rahim berkata, dia mencari waris Muhammad Asraf Abdullah yang kini dalam jagaannya setelah ibu kandungnya Mazlinda Saini yang dipercayai warganegara Singapura menghilangkan diri.

"Kanak-kanak itu kemudiannya dijaga oleh neneknya di Gelang Patah, Johor sebelum diserahkan kepada saya untuk menjaganya.

"Saya mengambil Muhammad Asraf dan menjadikannya sebagai anak angkat kerana neneknya mendakwa tidak mampu menjaga disebabkan faktor kesempitan hidup, namun sehingga sekarang saya masih gagal menjejaki warga emas itu yang berusia 60 tahun," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Menurutnya, dia berharap urusan dokumentasi anak angkatnya itu dipermudahkan dan sekiranya orang ramai atau waris yang mempunyai maklumat boleh menghubunginya di talian 013 3323253.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!