X

Kindly register in order to view this article
!

Asyraf, Syed Saddiq senada dalam isu yuran universiti

Maklum balas Asyraf Wajdi dan Syed Saddiq berhubung ciapan seorang pengguna Twitter yang meminta pihak berkaitan mengambil inisiatif mengurangkan kos yuran universiti berikutan ketiadaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 yang diberikan kepada pelajar.
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan diminta memberi perhatian serius terhadap bebanan yuran universiti yang terpaksa ditanggung pelajar akibat pandemik koronavirus (Covid-19), kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata demikian bagi membalas ciapan seorang pelayar Twitter, Nurinn Nafisha mengenai yuran universiti.

"Pandangan @NurinnNafisha ini ada asasnya.

"Saya percaya ia lahir daripada suara majoriti pelajar yang terkesan dengan kos sara hidup ketika ini," katanya.

Nurinn dalam ciapannya meminta pihak berkaitan mengambil inisiatif mengurangkan kos yuran universiti berikutan ketiadaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 yang diberikan kepada pelajar.

Dia mempersoalkan kenapa pelajar perlu membayar untuk fasiliti yang tidak digunakan seperti kesihatan, perpustakaan, kolej, gimnasium dan lain-lain.

"Bantulah bersuara sikit," ujarnya.

Sementara itu, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut bersetuju dengan pandangan Nurinn.

Katanya, beliau membangkitkan isu tersebut pada persidangan Parlimen lepas dan akan berbuat demikian sekali lagi pada persidangan November nanti.

"Pelajar kita layak dapat lebih baik. Terima kasih kepada universiti yang sudah membantu seperti Universiti Malaya (UM).

"Kepada yang belum, inilah masa untuk kita memberikan yang terbaik kepada pelajar," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!