Selangor catat 62 kes baharu Covid-19

Status terkini kes harian Covid-19 di Selangor hari ini.
Status terkini kes harian Covid-19 di Selangor hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 62 kes baharu koronavirus (Covid-19) dilaporkan di Selangor hari ini menyaksikan penurunan sebanyak 75 kes berbanding 137 kes semalam.

Menurut status terkini dikongsikan di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sabak Bernam kekal di zon hijau dengan tiada kes direkodkan hari ini.

Sementara Kuala Selangor (tiada kes) dan Hulu Selangor (tambahan satu kes) berada di zon kuning.

Menurut kenyataan sama, enam daerah berada di zon merah dengan Petaling mencatatkan pertambahan tertinggi dengan 18 kes diikuti Hulu Langat (16 kes), Gombak (11 kes), Klang (9 kes), Sepang (4 kes) dan Kuala Langat (2 kes).

"Pecahan 62 kes pada hari ini terdiri 19 kes adalah daripada kluster-kluster sedia ada, 10 kes daripada kluster baharu iaitu kluster Palma dan kluster Jaya serta satu kes daripada saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi.

"Manakala 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan 14 kes adalah daripada lain-lain saringan Covid-19," menurut kenyataan itu.

KKM hari ini memaklumkan sebanyak 710 kes baharu dilaporkan melibatkan 709 kes tempatan dan satu kes import menjadikan jumlah keseluruhan Covid-19 dalam negara adalah 24,514 kes.

Sebanyak 10 kematian baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian adalah 214 kes.

Artikel Berkaitan: