X

Kindly register in order to view this article
!

Masuk peraduan bagi isi masa terluang

Nawi (tengah) bersama isteri, Norzaini Abdul Rahman, 49, dan anak-anak yang turut membantunya menjawab soalan Peraduan Sinar Harian Di Hatiku.
A
A

IPOH - Minat menyertai pelbagai peraduan mendorong seorang pembaca untuk tidak melepaskan peluang mencuba nasib dalam Peraduan Sinar Harian Di Hatiku.

Nawi Awang, 54, dari Felda Besout, Behrang berkata, peraduan tersebut bukanlah yang pertama kali disertai khususnya anjuran Sinar Harian kerana dia pernah mencuba beberapa peraduan sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini dia belum pernah memenangi peraduan yang dianjurkan oleh Sinar Harian tetapi pernah memenangi peraduan anjuran syarikat lain.

“Saya memang minat sejak bujang lagi menyertai peraduan-peraduan ini. Saja seronok nak isi masa lapang terutama pada waktu malam menjawab soalan dan teka gambar.

“Ada masanya saya ajak keluarga bersama-sama buat peraduan ini. Setakat ini saya belum tertinggal lagi untuk hantar borang penyertaan,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.Menurutnya, Peraduan Sinar Harian Di Hatiku itu tidak begitu susah dari segi soalan namun memikirkan slogan agak rumit dan memerlukan masa untuk berfikir.

Jelas Nawi, apa yang menarik tentang peraduan Sinar Harian kali ini ialah dia dan anak-anaknya dapat belajar sesuatu dan menambah pengetahuan tentang lokasi menarik di seluruh negara.

Dalam pada itu, dia mengharapkan tuah menyebelahinya kali ini memandangkan sudah begitu lama menyertai peraduan anjuran Sinar Harian dan sehingga kini masih belum memenangi sebarang hadiah.

Bagaimanapun, Nawi tidak kecewa jika tidak memenanginya dan menganggap ia bukan rezeki memandangkan penyertaan yang begitu banyak.

Malah, kata bapa kepada lapan anak itu, jika ada lagi peraduan yang dianjurkan pada masa akan datang, dia akan menyertainya dan tidak akan berputus asa.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!