Arahan jadi keliru

No Image Caption
A
A
A

ADA orang kata, semakin lama semakin keliru rakyat dalam soal membabitkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada arahan agar pekerja awam dan swasta bekerja dari rumah ekoran PKPB di Lembah Klang, Selangor dan Putrajaya. Kenyataan itu dibuat oleh Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Tapi banyak perkara tak jelas dan mengelirukan.

Beliau kata tunggu arahan selanjutnya daripada kementerian yang lain.

Oleh sebab arahan itu tak jelas, penguat kuasa pun tak tahu apa nak buat. Media massa dan media sosial kecoh cerita pasal kekeliruan akibat daripada arahan yang tak jelas.

Akhbar ini pun semalam bawa berita utama majikan mengadu polis halang pekerja pergi ke pejabat.

Awang rasa Tuk Seri Ismail kena kaji balik taklimat hariannya. Komunikasi berkesan pada rakyat penting pada masa ini untuk perangi berita palsu.

Oleh sebab itu, Awang nasihatkan Tuk Seri Ismail tak payahlah cerita banyak sangat sejarah, berapa banyak petugas terlibat, berapa banyak premis disiasat, berapa orang kena tahan akibat langgar SOP dan sebagainya.

Buat kenyataan yang perlu sahaja. Beliaulah yang sepatutnya buat bagi perincian arahan yang dikeluarkan. Tak usah tunggu arahan lain.

Awang dapat faham keresahan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dalam soal ini. Arahan itu menyebabkan ada pekerja yang diarah pulang oleh pihak polis.

Artikel Berkaitan:

Awang juga setuju dengan pandangan setengah pihak, biarlah Tuk Seri Ismail cakap yang perlu sahaja, atau buat sidang media hanya apabila diperlukan.