X

Kindly register in order to view this article
!

The Phoenix terbang ke Seremban

PJ City FC antara pasukan yang mewarnai saingan Piala Malaysia ini. - Foto PJ City FC
A
A

PETALING Jaya (PJ) City FC yang berpangkalan di Selangor kini berlatih di Negeri Sembilan menyasarkan hasil yang memberangsangkan pada saingan TM Piala Malaysia.

Ketua Jurulatihnya K Devan berkata, program latihan pasukan itu dipindahkan ke Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi tidak lama selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya mulai 14 Oktober lalu.

“Kami berlatih di Seremban pada masa ini. Kesemua ahli pasukan berlatih di sana dan tiada pemain berlatih sendirian. Surat kebenaran diberikan kepada pemain bagi memudahkan mereka berulang-alik untuk latihan setiap hari," kata Devan.

Jurulatih berusia 53 tahun itu yang giat mempersiapkan Phoenix untuk Piala Malaysia yang dijadualkan bermula pada 6 November depan menjangkakan cabaran getir pertandingan piala tertua di Asia Tenggara itu berharap anak buahnya meneruskan momentum kemenangan selepas memenangi dua perlawanan akhir Liga Super.

“Ia bakal menjadi pertandingan yang sukar terutamanya kerana kami hanya akan bermain satu perlawanan dalam semua peringkat tetapi ia bergantung kepada beberapa faktor termasuk tuah kami dan undi pada 1 November ini.

"Tetapi kami menamatkan liga ini dalam kedudukan yang bagus (tempat keenam) dan kami bermain dengan baik dalam beberapa perlawanan akhir yang kami menjaringkan gol dan menang. Tahap keyakinan dalam kalangan pemain juga tinggi,” kata beliau.

Selepas tujuh perlawanan tanpa kemenangan, PJ City memenangi dua perlawanan akhir menentang PDRM (4-1) dan UiTM FC (4-2). - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!