X

Kindly register in order to view this article
!

AFC sedia hulur bantuan

Windsor Paul John
A
A

KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) sedia menjadi 'pemudahcara' kepada mana-mana jurulatih Liga Malaysia (Liga-M) bagi menyelesaikan proses bagi memiliki lesen Pro Diploma AFC.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John, jurulatih berkenaan boleh membuat permohonan awal menerusi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum diserahkan kepada pihaknya untuk pertimbangan.

“Lesen Pro Diploma AFC atau lebih dikenali dengan Lesen Pro A sebenarnya diwajibkan kepada semua jurulatih kerana ia memang termaktub dalam pelesenan kelab sebelum ini.

“Dalam situasi ini, ia bukan hanya diguna pakai Malaysia tetapi juga seluruh negara Asia. Kalau mana-mana coach yang tidak ada lesen kejurulatihan Pro A, mereka boleh mohon dengan AFC.

“Kemudiannya, AFC akan pertimbangkan kelayakan kejurulatihannya, mungkin dia tidak ada Lesen Pro tapi pengalamannya setaraf dengan Lesen Pro Diploma.

“Perkara ini sudah ada termaktub dalam pelesenan kelab yang kita panggil Recognition of Coaching Competence (RECC)," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mengulas lanjut, Windsor Paul memberitahu, permohonan itu kemudiannya akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan oleh AFC.

“Kita akan menilai berapa lama pengalaman dia dalam bidang kejurulatihan, berapa lama dia bimbing pasukan besar. Jika FAM menilai jurulatih itu mempunyai kelayakan setaraf dengan Lesen Pro Diploma, FAM akan serah kepada AFC untuk pertimbangan.

“Tapi kena ingat bahawa ini hanya kelonggaran sementara kerana coach berkenaan tetap perlu mengikuti kursus lesen kejurulatihan Pro A. Untuk mendapatkan kelayakan itu, seseorang jurulatih perlu konsisten dalam aktiviti bola sepak,” jelasnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!