X

Kindly register in order to view this article
!

Rashid Maidin bawa bom ke hospital

Mahat mengimbau kembali kenangan berjumpa dengan Rashid Maidin
A
A

RASHID Maidin merupakan pemimpin kanan Melayu dalam Parti Komunis Malaya (PKM)

Anak kelahiran Gopeng, Perak itu dilahirkan pada tahun 1917, pernah menyertai Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang kemudiannya diharamkan oleh British kerana dituduh berhaluan kiri.

Beliau kemudiannya menyertai PKM pada tahun 1941 sejurus sebelum pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan menjadi ahli jawatankuasa pusat PKM bersama Ishak Muhammad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Abdullah C.D di Perak.

Selepas diburu oleh pihak berkuasa Malaysia, Rashid dan gerombolannya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran sempadan Malaysia dengan Thailand. Di sana, Rashid berkahwin dengan seorang gadis Cina yang juga ahli PKM.

Ketua PKM, Chin Peng memberi kepercayaan kepadanya untuk memimpin Rejimen Ke-10 PKM di Bentong, Pahang dan Rashid Maidin menerima arahan secara langsung daripada Chin Peng

Rashid Maidin telah menghembuskan nafas terakhir di Sisakoin, Narathiwat, selatan Thailand pada 1 September 2006 pada usia 88 tahun.

Menurutnya, dia tiba-tiba terdengar bunyi siulan ketika pasukannya sedang mendaki bukit berhampiran kampung itu.

“Salah seorang pegawai yang dikenali sebagai Koperal Poncho segera memberi isyarat kepada anggota pasukan supaya berjaga-jaga kerana bunyi siulan itu adalah daripada musuh.

Rashid Maidin
Rashid Maidin

“Pasukannya kemudian telah dihujani peluru tembakan pengganas komunis.

“Saya ternampak penunjuk jalan terkena tembakan di kakinya, saya pula segera cari cover untuk mengelak daripada terkena tembakan musuh,” katanya.

Beliau berkata, keadaan kemudian kembali sunyi, namun tiba-tiba terdengar jeritan salah seorang musuh yang mengarahkan anggota polis Malaysia berundur dan meninggalkan anggota polis Thailand.

“Koperal Poncho kemudian memaki hamun komunis sebelum kami sekali lagi dihujani peluru.

“Saya betul-betul berada di tengah ‘medan tempur’ telah terkena tembakan di dada dan sebutir lagi peluru terkena di paha kiri,” katanya.

Mahat berkata, teman sepasukan hanya dapat membantunya setelah keadaan kembali reda dan suasana selamat untuk membuat clearance.

“Saya telah dihantar ke Hospital Golok dengan menaiki helikopter untuk rawatan lanjut,” katanya.

Penjenayah

Mahat berkata, selepas lapan tahun berkhidmat dengan Pasukan Polis Hutan, beliau kemudian dipindahkan ke Bahagian Am, Jabatan Siasatan Jenayah di Balai Polis Campbell (Dang Wangi) pada Disember 1977.

“Saya juga pernah berkhidmat sebagai pasukan polis peronda di balai polis sama,” katanya.

Menurutnya, pengalaman yang tidak boleh dilupakan adalah berhadapan dengan penjenayah bersenjatakan pistol pada Julai 1986.

“Ketika kejadian kira-kira jam 1 pagi, saya bersama seorang rakan sepasukan sedang membuat rondaan di hadapan Penjara Pudu telah mengesan sebuah kereta jenis Nissan Sunny dalam keadaan mencurigakan.

“Saya dapati ada lima lelaki dalam kenderaan tersebut.

“Saya terkejut apabila ternampak sepucuk pistol terjatuh apabila salah seorang suspek keluar dari kereta itu, saya segera memberkas lelaki itu,” katanya.

Kenangan Mahat ketika berkhidmat bersama Pasukan Polis Hutan selama lapan tahun.
Kenangan Mahat ketika berkhidmat bersama Pasukan Polis Hutan selama lapan tahun.

Namun, beliau tidak menyedari seorang lagi rakan penjenayah telah mengacukan pistol dari arah belakang kepalanya.

“Saya dengar penjenayah itu telah menarik picu pistol sebanyak empat kali, mujur senjata api jenis Colt itu dalam keadaan lock, jika tidak nyawa saya pasti melayang.

“Saya segera pusing dan memukul muka penjenayah berkenaan sehingga dia rebah,” katanya.

Mahat berkata, hasil siasatan mendapati empat penjenayah itu telah menculik seorang lelaki.

“Siasatan juga mendapati dua pistol itu disyaki disewa oleh kumpulan penjenayah itu untuk menculik mangsa,” katanya.

Pengiring Tun Mahathir

Mahat berkata, beliau juga berpeluang berkhidmat sebagai pegawai pengiring kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1999.

“Saya tahu sangat sikap Tun dan kenal siapa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai dua tokoh politik itu.

Mahat
Mahat

Beliau dalam pada itu berkata, masyarakat seharusnya menghargai jasa anggota polis yang melakukan kawalan di seluruh negara kerana ia merupakan satu pengorbanan yang besar dalam memastikan negara aman dan selamat.

“Ia pengorbanan yang besar untuk menjamin negara yang kita cintai ini kekal selamat dan sejahtera serta jauh daripada ancaman yang menjejaskan keselamatan semua,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!