X

Kindly register in order to view this article
!

Makan tikus, ular demi kelangsungan hidup

Haiwan lain seperti belut, ular dan serangga kecil dijadikan makanan di Myanmar. Gambar kecil: Penduduk yang tiada punca pendapatan terpaksa menjadikan haiwan kecil tikus sebagai makanan di Myanmar. -Agensi
A
A

YANGON - Selepas gelombang pandemik koronavirus (Covid-19) melanda Myanmar, Ma Suu, 36, terpaksa menutup kedai ulam-ulaman dan menggadaikan barang kemas untuk membeli makanan.

Semasa gelombang kedua apabila pemerintah mengeluarkan perintah 'duduk dalam rumah' pada September lalu, Ma Suu terpaksa menutup kedai untuk kali kedua dan menjual pakaian, pinggan mangkuk dan periuk demi kelangsungan hidup.

Sekarang tiada apa-apa lagi untuk dijual, suaminya seorang buruh binaan yang tidak mempunyai kerja terpaksa keluar mencari makanan di longkang berhampiran tempat tinggal mereka di pinggir bandar Myanmar.

"Orang ramai makan tikus dan ular. Tanpa wang, bagaimana mereka hendak memberi makan anak-anak," kata Ma Suu sambil mengelap air mata.

Mereka tinggal di Hlaing Thar Yar, sebuah kejiranan paling miskin di Yangon dan penduduk terpaksa menyuluh bawah rumah mencari haiwan-haiwan kecil untuk dijadikan makanan keesokan harinya.

Tikus, ular dan serangga seringkali menjadi lauk-pauk keluarga yang tinggal di kawasan luar bandar, sementara penduduk bandar pula terpaksa mengikat perut semampu boleh.

Dengan lebih 40,000 kes dan 1,000 kematian akibat Covid-19, Myanmar antara negara di Asia Tenggara yang paling terjejas teruk dan penguatkuasaan perintah berkurung menyebabkan ratusan ribu penduduk seperti Ma Suu hidup dalam kesempitan.

Pentadbiran tempatan, Nay Min Tun berkata, kira-kira 40 peratus isi rumah di kawasan Hlaing Thar Yar menerima bantuan.

Myat Min Thu, ahli Parlimen parti pemerintah di kawasan itu berkata, bantuan dari pemerintah dan derma peribadi sudah diedarkan, namun tidak cukup untuk semua orang. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!