X

Kindly register in order to view this article
!

Tular video lori tangki dipandu secara berbahaya

Lori tangki dipandu seorang lelaki secara berbahaya di Jalan Persekutuan Klang - Teluk Intan berhampiran Sungai Haji Dorani, Sungai Besar tular hari ini.
A
A

SUNGAI BESAR - Sebuah video pemandu lori tangki memandu secara berbahaya dipercayai di Jalan Persekutuan Klang - Teluk Intan berhampiran Sungai Haji Dorani di sini tular hari ini.

Video berdurasi satu minit 41 saat itu dirakam Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mengekori pemandu itu selepas didapati memandu secara berbahaya dengan menukar lorong sesuka hati tanpa memberikan isyarat.

Pemandu terbabit yang memberhentikan kenderaannya juga didakwa mengeluarkan kata-kata tidak sopan apabila ditegur Jamal yang turut memberhentikan kenderaannya.

Jamal berkata, sebelum beliau merakam video dipandu lelaki itu, lori itu didapati dipandu melulu dengan hampir mengakibatkan kemalangan dengan kenderaan lain.

"Lori ini sedang bermasalah, tapi malangnya pemandu tetap meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan pengguna jalan raya lain," katanya.

Justeru, katanya, beliau berharap pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap pemandu terbabit.

"Hati-hati memandu dan ingat orang yang tersayang," katanya.

Video dimuat naik Jamal itu turut dikongsi dan menerima pelbagai tanda reaksi pengendali media sosial.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!