Sabah cadang lanjut tempoh PKPB pada MKN

Masidi Manjun
Masidi Manjun
A
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah telah mengemukakan permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan keadaan kes koronavirus (Covid-19) di Sabah masih tinggi.

Bagaimanapun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun bagaimanapun berkata, keputusan ditentukan oleh MKN sahaja.

"Kami hanya mencadangkan perkara itu dan kuasa pada MKN," katanya dalam sidang akhbar harian di Wisma Innoprise, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung kerajaan negeri akan melanjutkan tempoh PKPB yang akan tamat Isnin depan berikutan keadaan kes Covid-19 yang masih tinggi di Sabah.

Diminta mengulas berhubung individu yang mempunyai permit khas tidak menyebarkan Covid-19 di daerah lain seperti yang berlaku di Nabawan, beliau berkata, kerajaan mencadangkan semua individu yang memiliki permit rentas sempadan bagi tujuan yang dibenarkan harus mematuhi SOP.

"Bagaimanapun Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah Covid-19 masih dalam perbincangan mengenai kaedah manakala i mereka yang dibenarkan merentasi daerah perlu membuktikan tiada gejala Covid-19," katanya.

Terdahulu, Masidi turut memaklumkan Sabah mencatatkan sebanyak 628 kes positif Covid-19 hari ini dengan lapan kematian.

"Kota Kinabalu mencatat sebanyak 228 kes dengan satu kematian, Tawau (61), Semporna (50), Sandakan 31 kes dengan lima kematian, Lahad Datu (28) dan Tuaran 27 kes dengan satu kematian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Selain itu katanya, kes di Kunak membabitkan 19 kes, Kota Belud (15), Papar dan Kudat masing-masing 14 kes, Penampang (13), Putatan (9), Keningau (7), Beaufort (4), Kota Marudu, Ranau dan Pitas masing-masing dua kes dan Kinabatangan serta Nabawan masing-masing satu kes

Tambah beliau lagi, seperti yang dimaklumkan penyumbang jumlah kes tertinggi di Kota Kinabalu disebabkan Kluster Penjara Kepayan iaitu sebanyak 140 kes.

"Tawau dan Semporna mencatat kes yang tinggi disebabkan ujian sampel tertunggak baru diperoleh. Setakat ini menurut rekod ada sebanyak 12,720 lagi sampel tertunggak dan kes baru dihantar untuk dianalisa," katanya.