Sarawak laksana BKSS 4.0

Abang Johari menunjukkan kenyataan akhbar mengenai Bantuan Khas Sarawakku Sayang kepada media pada sidang akhbar di Kuching hari ini.
Abang Johari menunjukkan kenyataan akhbar mengenai Bantuan Khas Sarawakku Sayang kepada media pada sidang akhbar di Kuching hari ini.
A
A
A

KUCHING - Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM104.84 juta untuk melaksanakan fasa empat Bantuan Khas Sarawakku Sayang 4.0 (BKSS 4.0) bagi membantu meringankan beban rakyat bagi menghadapi pandemik koronavirus (Covid-19).

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, BKSS 4.0 akan dilaksanakan menerusi tujuh langkah untuk mengurangkan kesan pandemik sehingga hujung tahun ini susulan peningkatan kes Covid-19 baru-baru ini yang terus menjejaskan perniagaan dan punca pendapatan rakyat.

“Saya berharap lanjutan BKSS sehingga hujung tahun ini akan memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas teruk akibat pandemik ini,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Dua daripada langkah yang diumumkan melibatkan pemberian diskaun bil bekalan elektrik dan air yang diteruskan sehingga Disember tahun ini yang akan memberi manfaat kepada seramai 686,847 pengguna elektrik dan 568,247 pengguna air terawat di seluruh negeri.

“Diskaun sewa sebanyak 50 peratus untuk skim rumah sewa Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) (Sarawak) merangkumi tempoh tiga bulan bermula Oktober hingga Disember 2020. Bantuan ini dijangka memanfaatkan lebih daripada 3,200 pengguna yang menyewa HDC di seluruh Sarawak,” katanya menjelaskan langkah ketiga bantuan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: