Pelantikan Hishammuddin bukti BN berwawasan: PBRS

Joseph Kurup
Joseph Kurup
A
A
A

KOTA KINABALU - Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) membuktikan gabungan itu sentiasa mempunyai wawasan dengan mengetengahkan kepimpinan terbaik untuk negara.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup berkata, Hishammuddin yang merupakan Menteri Luar sangat berpengalaman dengan mempunyai rekod pencapaian kepimpinan tinggi serta pernah mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Kami yakin dengan pelantikan Datuk Seri Hishammuddin sebagai Bendahari Agung BN, ini merupakan suatu perkembangan positif bagi Barisan Nasional yang sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Hari ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong dilantik sebagai Bendahari Agung BN menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

PBRS merupakan parti komponen BN bersama UMNO, MCA dan MIC.

Kurup berkata, Hishammuddin telah menunjukkan kepimpinan dalam menguruskan krisis pesawat MH370 pada tahun 2014 selain memperkenalkan elaun guru bertugas di luar bandar ketika menjadi Menteri Pendidikan, dan menyumbang kepada keselamatan dan pertahanan negara semasa menjadi Menteri Pertahanan.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru semua pihak terus bekerjasama dan memberikan sokongan penuh kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerajui negara ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: