[DIKEMASKINI] Perdana Menteri tinggalkan Istana Abdulaziz

Kenderaan rasmi kerajaan berwarna hitam dipercayai membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tiba sekitar jam 4.40 petang tadi.
Kenderaan rasmi kerajaan berwarna hitam dipercayai membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tiba sekitar jam 4.40 petang tadi.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat keluar dari Istana Abdulaziz di Indera Mahkota di sini kira-kira jam 7.10 malam tadi.

Pertemuan bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu dipercayai berlangsung selama lebih dua jam selepas beliau dilihat tiba di pekarangan istana kira-kira jam 4.40 petang tadi manakala Seri Paduka Baginda dilihat memasuki istana kira-kira jam 4.30 petang.

Tengahari tadi Al-Sultan Abdullah sempat menunaikan solat Jumaat bersama rakyat jelata diiringi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Mufti Besar Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Othman di Masjid Al-Imam Ash-Shafie KotaSAS, di sini.

Sementara itu, Muhyiddin sebelum ini dilaporkan mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya pada sebelah pagi.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang antara yang turut kelihatan memasuki istana.

Petugas media dan polis dan trafik berkumpul di pintu masuk utama istana sejak jam 3 petang namun tiada kenyataan media dibuat pemimpin tertinggi negara itu sama ada sebelum atau selepas meninggalkan pekarangan istana.

Spekulasi mengenai Perdana Menteri akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan Darurat Politik kepada Yang di-Pertuan Agong berlegar-legar di media sosial selepas berakhirnya mesyuarat khas Kabinet.

ARTIKEL BERKAITAN:15 soalan dan jawapan berkaitan darurat

Artikel Berkaitan:

PM menghadap Agong di Istana Abdul Aziz Indera Mahkota

Spekulasi darurat: Muhyiddin menghadap Agong