15 pejabat JPN di KL, Selangor ditutup sementara

Jabatan Pendaftaran Negara
Jabatan Pendaftaran Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini memaklumkan 15 pejabat JPN di sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor ditutup sementara mulai hari ini sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan.

JPN dalam satu kenyataan hari ini berkata, penutupan sementara pejabat JPN berkenaan adalah berikutan arahan PKPB.

"Pejabat yang ditutup ialah JPN Kepong; JPN Bandar Tun Razak; JPN Seputeh; JPN Pelabuhan Klang; JPN Rawang; JPN Kota Damansara; JPN Taman Melawati; JPN Petaling; JPN Puchong; JPN Seri Kembangan; JPN Sepang; JPN Hulu Langat; JPN Sabak Bernam dan JPN Hulu Selangor.

"Bagaimanapun pejabat JPN Cawangan UTC KL yang turut ditutup sementara, akan dibuka semula pada 28 Oktober ini," kata kenyataan itu.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN Putrajaya di talian 03-88807077 atau hantarkan e-mel kepada pro@jpn.gov.my, demikian menurut kenyataan tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: