Cake harap PBT siasat rungutan penduduk

Semalam Sinar Harian melaporkan sebanyak 20 keluarga di Kampung Bohor, Mukim Hutan Kampung, dekat sini mendakwa sebuah kilang memproses makanan segera menyebabkan sisa buangan mencemarkan air dan bau busuk di kawasan kediaman mereka sejak lebih 10 tahun lalu.Gambar kecil: Mohamad Yusrizal Yusuff
Semalam Sinar Harian melaporkan sebanyak 20 keluarga di Kampung Bohor, Mukim Hutan Kampung, dekat sini mendakwa sebuah kilang memproses makanan segera menyebabkan sisa buangan mencemarkan air dan bau busuk di kawasan kediaman mereka sejak lebih 10 tahun lalu.Gambar kecil: Mohamad Yusrizal Yusuff
A
A
A

ALOR SETAR - Persatuan Pengguna Kedah (Cake) berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat menyiasat rungutan penduduk di Kampung Bohor, Mukim Hutan Kampung berhubung pembuangan sisa dari sebuah kilang yang mengganggu mereka sejak lebih 10 tahun lalu.

Setiausahanya, Mohamad Yusrizal Yusuff berkata, kilang itu perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) selain ditempatkan di kawasan khas dan bukan berdekatan penempatan penduduk.

Menurutnya, penduduk yang tidak selesa dengan situasi itu tampil bersuara kerana menjejaskan rutin harian mereka.

"PBT perlu menyiasat perkara ini. Sepatutnya kilang perlu berada di kawasan industri khas dan bukannya di kawasan penempatan orang ramai.

“Penduduk pula perlu membuat aduan kepada Cake sebelum kami membantu perkara yang sepatutnya,” katanya.

Semalam Sinar Harian melaporkan sebanyak 20 keluarga di Kampung Bohor, Mukim Hutan Kampung, dekat sini mendakwa sebuah kilang memproses makanan segera menyebabkan sisa buangan mencemarkan air dan bau busuk di kawasan kediaman mereka sejak lebih 10 tahun lalu.

Dakwa mereka, keadaan menjadi lebih teruk apabila hujan malah ada penduduk yang tidak dapat menikmati hidangan selain rumah dimasuki air sisa buangan tersebut.

Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dalam kenyataan mereka berkata, pihaknya pada 9 September lalu telah menerima aduan daripada penduduk Kampung Bohor yang mendakwa terdapat kilang memproses makanan di kampung tersebut.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, MBAS telah mengeluarkan surat kepada pemilik kilang supaya mematuhi syarat yang telah diberikan di dalam syarat Kebenaran Merancang Terhad (KMT) seperti dikeluarkan pada 29 Februari 2019.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun hidu bau busuk