Polis berkas 10 individu sertai parti liar

Seramai 10 individu disyaki terlibat dalam parti liar dan perjudian ditahan di sebuah rumah di Ara Damansara semalam.
Seramai 10 individu disyaki terlibat dalam parti liar dan perjudian ditahan di sebuah rumah di Ara Damansara semalam.
A
A
A

PETALING JAYA - Seramai 10 individu termasuk lima wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti parti liar di sebuah rumah di Ara Damansara di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua individu yang ditahan berusia antara 27 hingga 45 tahun itu juga terlibat dalam aktiviti perjudian.

"Kita turut merampas pelbagai peralatan seperti karpet, cip, dadu dan kad daun terup yang disyaki digunakan untuk aktiviti perjudian," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Nik Ezanee berkata, pihaknya turut menemui satu tiub straw yang disyaki berisi dadah jenis ketamin anggaran berat 0.5 gram dalam serbuan pada jam 9.50 malam.

"Kita juga menjumpai empat botol yang mengandungi cecair disyaki jus bercampur dadah yang disimpan di dalam almari rumah tersebut," katanya.

Antara peralatan yang digunakan untuk aktiviti perjudian di sebuah rumah di Ara Damansara semalam.
Antara peralatan yang digunakan untuk aktiviti perjudian di sebuah rumah di Ara Damansara semalam.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan ketamin.

"Siasatan awal mendapati sebahagian daripada suspek mengaku telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah sejak tahun lalu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Nik Ezanee berkata, kesemua suspek itu ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya, Seksyen 7(1) Akta Rumah Judi 1953 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan," katanya.