Agong, Permaisuri ziarah pusara Almarhum Sultan Ahmad Shah

Al-Sultan Abdullah diiringi anakanda menyiram air mawar ke pusara Almarhum Sultan Ahmad Shah di Makam Diraja Pekan, Pahang petang tadi.
Al-Sultan Abdullah diiringi anakanda menyiram air mawar ke pusara Almarhum Sultan Ahmad Shah di Makam Diraja Pekan, Pahang petang tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menziarahi pusara Almarhum Paduka Ayahanda, Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Shah di Makam Diraja Pekan, Pahang petang tadi.

Menerusi hantaran di Facebook Istana Negara, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berangkat mengiringi Seri Paduka Baginda berdua.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah diiringi anakanda berangkat menziarahi pusara Almarhum Sultan Ahmad Shah di Makam Diraja Pekan, Pahang petang tadi.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah diiringi anakanda berangkat menziarahi pusara Almarhum Sultan Ahmad Shah di Makam Diraja Pekan, Pahang petang tadi.

Turut berangkat, Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah; Tengku Panglima Muda, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Imam Ash-Shafie KotaSAS, Kuantan.

Artikel Berkaitan: