[VIDEO] PM menghadap Agong di Istana Abdul Aziz Indera Mahkota

Al-Sultan Abdullah dilihat memandu sendiri sebuah kereta putih dan sempat melambai kepada petugas media sebelum memasuki pekarangan Istana Abdul Aziz.
Al-Sultan Abdullah dilihat memandu sendiri sebuah kereta putih dan sempat melambai kepada petugas media sebelum memasuki pekarangan Istana Abdul Aziz.
A
A
A

KUANTAN - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Beliau dilihat tiba di pekarangan Istana Abdul Aziz Indera Mahkota, di sini, kira-kira jam 4.40 petang tadi manakala Yang Dipertuan Agong dilihat memasuki istana kira-kira jam 4.30 petang.

Tengah hari tadi Al-Sultan Abdullah menunaikan solat Jumaat bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Masjid Al-Imam Ash-Shafie KotaSAS, di sini.

Sejak jam 3 petang tadi petugas media dilihat berada di hadapan pintu Istana Abdul Aziz Indera Mahkota selepas menerima khabar kedatangan beliau untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

ARTIKEL BERKAITAN:15 soalan dan jawapan berkaitan darurat

PM menghadap Agong di Istana Abdul Aziz Indera Mahkota

Spekulasi darurat: Muhyiddin menghadap Agong

Bagaimanapun, wartawan tidak dapat menemuramah beliau yang dipercayai menaiki kenderaan rasmi kerajaan jenis Honda Accord berwarna hitam diiringi beberapa kenderaan lain.

Artikel Berkaitan:

Kenderaan rasmi kerajaan berwarna hitam dipercayai membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tiba sekitar jam 4.40 petang tadi.
Kenderaan rasmi kerajaan berwarna hitam dipercayai membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tiba sekitar jam 4.40 petang tadi.

Rombongan kenderaan rasmi itu terus memasuki pekarangan istana sebaik tiba disusuli kenderaan rasmi lain dengan kawalan ketat anggota polis.

Turut kelihatan ialah Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali.

Ketika ini pihak media masih menunggu di hadapan pintu masuk istana untuk perkembangan lanjut.