Penantian 50 tahun nikmati bekalan elektrik bakal berakhir

Akhbar Sinar Harian melaporkan kehidupan lebih 20 keluarga dari Kampung Gual Rimau, Bukit Tandak di Rantau Panjang tidak ubah seperti berada di dalam 'gua' apabila hidup tanpa kemudahan bekalan elektrik.
Akhbar Sinar Harian melaporkan kehidupan lebih 20 keluarga dari Kampung Gual Rimau, Bukit Tandak di Rantau Panjang tidak ubah seperti berada di dalam 'gua' apabila hidup tanpa kemudahan bekalan elektrik.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Penduduk Kampung Gual Rimau, Bukit Tandak di sini bakal menikmati kemudahan bekalan elektrik selepas terpaksa menunggu lebih 50 tahun.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi satu kenyataan di sini hari ini menjelaskan kampung tersebut sudah tersenarai dalam projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Kenyataan itu menyebut, projek yang menelan belanja sebanyak RM1.44 juta itu dijadualkan bermula pertengahan November tahun ini dan dijangka siap Oktober 2022.

"TNB perlu memastikan bekalan disalurkan kepada semua penduduk walaupun kedudukan rumah terletak jauh dari sumber bekalan," kata kenyataan itu.

TNB berkata, pihaknya sentiasa komited menggalas amanah sebagai pelaksana projek untuk menyalurkan bekalan elektrik di kawasan pedalaman menerusi BELB.

Katanya, sehingga Julai lalu, TNB telah menyalurkan bekalan ke 26 perkampungan pedalaman di seluruh semenanjung menerusi BELB KPLB, dengan kos berjumlah RM50 juta.

"Ia termasuk di Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak," katanya.

Selasa lalu, Sinar Harian melaporkan kehidupan lebih 20 keluarga dari Kampung Gual Rimau, Bukit Tandak di sini tidak ubah seperti berada di dalam 'gua' apabila hidup tanpa kemudahan bekalan elektrik.

Artikel Berkaitan:

Dakwa penduduk, masalah itu sudah berlarutan lebih 50 tahun dan mengejutkan beberapa kawasan sekitar kampung berkenaan sudah menikmati kemudahan itu sejak sekian lama.

ARTIKEL BERKAITAN: 50 tahun hidup tanpa bekalan elektrik