X

Kindly register in order to view this article
!

The Foxes tagih khidmat Vardy

Jamie Vardy
A
A

PENGURUS Leicester City, Brendan Rodgers berharap The Foxes dapat menurunkan peledak sensasinya Jamie Vardy menjelang kunjung ke Stadium Emirates menentang Arsenal yang dijadualkan pada awal pagi Isnin ini.

Bagaimanapun, pengurus berusia 47 tahun kelahiran Ireland Utara itu mengakui pemain England berusia 33 tahun berkenaan perlu menjalani ujian kecergasan sebelum dibenarkan untuk beraksi pada perlawanan keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) kelab itu.

“Walaupun dia tidak cukup cergas untuk bermain semasa aksi menentang kelab Ukraine, saya optimis Vardy dapat memainkan peranan utama di Emirates. Bagaimanapun, kami akan melihat keadaannya dalam tempoh beberapa hari ini dan mudah-mudahan dia dapat beraksi pada hujung minggu ini.

“Adalah penting untuk mendapatkan kembali semua pemain bukan hanya Vardy kerana ramai pemain utama yang mengalami kecederaan. Dalam kes Vardy, kami amat memerlukan khidmatnya yang berupaya mengancam lawan dengan kepantasan dan penyudah klinikalnya," katanya.

Penyerang utama The Foxes itu tidak diturunkan ketika anak buah Rodgers tewas 0-1 kepada Aston Villa di Stadium King Power pada Selasa lalu juga ketika mengatasi FK Zorya Luhansk 3-0 pada saingan peringkat kumpulan Liga Europa.

Untuk rekod, Vardy memiliki rekod positif sepanjang menentang anak buah Mikel Arteta sebelum ini apabila meledak 10 gol dalam 11 perlawanan liga walaupun Leicester hanya memenangi tiga dari pertemuan tersebut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!