Kes 1MDB: Goldman Sachs tuntut semula gaji, bonus bekas staf

Syarikat Goldman Sachs akan menuntut semula gaji dan bonus yang dibayar kepada beberapa stafnya yang terlibat dalam rasuah 1MDB. - Foto AFP
Syarikat Goldman Sachs akan menuntut semula gaji dan bonus yang dibayar kepada beberapa stafnya yang terlibat dalam rasuah 1MDB. - Foto AFP
A
A
A

NEW YORK - Syarikat Goldman Sachs semalam mengumumkan mereka akan menuntut semula gaji dan bonus sebanyak AS$174 juta (RM722.10 juta) yang dibayar kepada beberapa bekas eksekutifnya berikutan skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Goldman Sachs, tuntutan bayaran itu juga melibatkan Ketua Eksekutif, David Solomon dan pemegang jawatan tersebut sebelum ini, Lloyd Blankfein dan beberapa ahli perbankan yang terlibat secara langsung dengan kes berkenaan.

Solomon berkata dalam satu kenyataan, "Adalah jelas bahawa terdapat beberapa bekas pekerja melanggar undang-undang, menipu kepada rakan sekerja kami dan membelakangkan firma tersebut."

Semalam, unit Goldman Sachs Malaysia mengaku bersalah di mahkamah Amerika Syarikat (AS) dalam penyelesaian satu siasatan jenayah.

Ia menyebabkan syarikat Goldman Sachs bersetuju untuk membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion (RM12.04 bilion) kerana menyembunyikan skandal tersebut yang melibatkan pihak berkuasa di sembilan buah negara.

Sebelum ini, syarikat itu membantu dana 1MDB tetapi Jabatan Keadilan AS menyatakan lebih AS$4.5 bilion (RM18.68 bilion) dicuri daripada 1MDB oleh beberapa pegawai peringkat tinggi dan sekutu mereka antara tahun 2009 dan 2015.

Kerajaan Malaysia menggugurkan dakwaan terhadap Goldman Sachs pada Julai lalu selepas mencapai satu perjanjian penyelesaian sebanyak AS$3.9 bilion (RM16.19 bilion) dalam kes penyelewengan wang 1MDB dengan syarikat tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan: