Ahmad Jazlan nafi bakal Menteri Pembangunan Luar Bandar

Ahmad Jazlan Yaakub
Ahmad Jazlan Yaakub
A
A
A

KOTA BHARU – [DIKEMASKINI] Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menafikan senarai barisan Kabinet baharu yang tular sejak beberapa hari lalu yang mana turut menyenaraikan namanya sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Pengerusi UMNO Kelantan itu dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, senarai Kabinet baharu itu hanyalah rekaan pihak tertentu dan berpendapat rombakan Kabinet adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri.

“Rakyat kini sedang bergelut dengan kelangsungan hidup, mencari jalan untuk sumber pendapatan, sewajarnya kerajaan memberi tumpuan terhadap rakyat terlebih dahulu.

"Tambahan pula, menteri-menteri yang bertugas sekarang pun baru beberapa bulan berkhidmat dan lebih baik kita utamakan tangani Covid-19 dulu dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru sahaja mengumumkan gencatan politik demi memberi tumpuan kepada keluh kesah rakyat, kebimbangan rakyat serta kegusaran rakyat berhubung wabak ini, ekonomi negara dan kelangsungan hidup mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata, kebijaksanaan berpolitik pada setiap pemimpin adalah kelebihan buat mereka dalam mengurus tadbir dan mengawal parti-parti bagi menentukan hala tuju negara.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai dua senarai Kabinet baharu yang menyenaraikan muka-muka baharu dan lama menteri Kabinet dan Ahli Parlimen Machang itu pula diberikan jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar dalam senarai pertama dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan dalam senarai kedua.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Ahmad Maslan disebut sebagai Menteri Kewangan II

Senarai Kabinet baharu permainan politik pihak tertentu

Artikel Berkaitan: