X

Kindly register in order to view this article
!

Banjir di Kemboja ragut 36 nyawa

Hun Sen. - Foto AFP
A
A

PHNOM PENH - Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen semalam mengesahkan banjir buruk yang melanda negara ini sudah meragut 36 nyawa, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Beliau berkata, di wilayah Banteay Meanchey yang paling teruk terjejas 19 kematian dilaporkan.

Semasa melawat wilayah terjejas itu, beliau mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan 10 juta riel (AS$2,500) untuk setiap keluarga mangsa yang terkorban.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kemboja, sejak awal Oktober, hujan lebat dan ribut tropika menyebabkan banjir di 19 dari 25 wilayah dan bandar, menjejaskan 312,224 penduduk, menenggelamkan 73,720 rumah serta lebih 293,000 hektar sawah padi dan tanaman lain. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!