PKPD Penjara: Beberapa laluan, premis ditutup di Taiping

Beberapa premis dan laluan di daerah Larut Matang Selama ditutup mulai hari ini susulan pelaksanaan PKPD di Penjara Taiping dan Pusat Koreksional Kamunting.
Beberapa premis dan laluan di daerah Larut Matang Selama ditutup mulai hari ini susulan pelaksanaan PKPD di Penjara Taiping dan Pusat Koreksional Kamunting.
A
A
A

TAIPING - Beberapa premis dan laluan di daerah Larut Matang Selama (LMS) akan ditutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Taiping dan Pusat Koreksional Kamunting, mulai hari ini.

Keputusan penutupan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bencana Daerah Larut Matang dan Selama yang dipengerusikan Pegawai Daerah, Mohamed Akmal Dahalan, malam tadi.

Dalam satu kenyataan di Facebook rasmi Pejabat Daerah dan Tanah LMS berkata, laluan yang ditutup adalah Jalan Taming Sari bermula dari Mess Renjer hingga lampu isyarat persimpangan Sekolah Kebangsaan (SK) Klian Pauh.

Selain itu, Kuarters Anggota Penjara di kawasan Muzium Perak, Berek Hitam dan Blok Bunga Tanjung (di sebelah SK Klian Pauh) turut ditutup.

"Penutupan turut melibatkan kedai makan Nasi Lemak Kambus, Mom's Prison, Nursery Yard Master dan Tokong Ling Nam Ku Miew.

"Operasi Muzium Perak turut ditutup pengoperasian sepanjang PKPD ini," katanya.

Penjara Taiping yang dikenakan PKPD bermula hari ini. - Foto Facebook ‘Fascinating Taiping’
Penjara Taiping yang dikenakan PKPD bermula hari ini. - Foto Facebook ‘Fascinating Taiping’

Semalam, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di sembilan penjara di Zon Utara dan Selangor serta kuarters perumahan penjara terlibat sehingga 4 November depan.

Artikel Berkaitan:

Keputusan tersebut diambil susulan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mendengar pembentangan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung situasi penularan Covid-19 di penjara-penjara tersebut.

Ia melibatkan lima penjara iaitu Pusat Koreksional Perlis, Penjara Sungai Petani, Penjara Taiping, Pusat Koreksional Kamunting dan Penjara Tapah di zon Utara.

Bagi Zon Selangor pula, ia melibatkan empat penjara iaitu Penjara Reman Sungai Buloh, Penjara Kajang, Penjara Wanita Kajang dan Pusat Koreksional Puncak Alam.