Jenama semula Bangunan UMNO Selangor

Kerja-kerja menurunkan logo dan menukar nama di Bangunan UMNO Selangor telah dilaksanakan baru-baru ini. (Bangunan UMMO Selangor akan dikenali sebagai Bangunan Kumpulan Muara selepas ini.)
Kerja-kerja menurunkan logo dan menukar nama di Bangunan UMNO Selangor telah dilaksanakan baru-baru ini. (Bangunan UMMO Selangor akan dikenali sebagai Bangunan Kumpulan Muara selepas ini.)
A
A
A

SHAH ALAM - Bangunan UMNO Selangor sedang menjalani proses penjenamaan semula dan akan dikenali sebagai Bangunan Kumpulan Muara selepas ini.

Pengerusi UMNO Selangor,Tan Sri Noh Omar berkata, perkara itu telah diputuskan oleh pengurusan parti di peringkat negeri dan turut mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) baru-baru ini.

Noh berkata, Kumpulan Muara Sdn Bhd adalah merupakan sebuah syarikat milik UMNO dan pengurusan bangunan berkenaan akan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak terlibat selepas ini.

"Tujuan bangunan ikonik ini bertukar nama adalah untuk menarik minat pihak luar khususnya golongan usahawan bumiputera dan belia untuk menyewa di sini.

"Sebelum ini mungkin orang kurang berminat untuk menyewa premis di bangunan ini sebab bimbang dikaitkan dengan entiti politik dan disebabkan itulah kita putuskan untuk serahkan pengurusan kepada Kumpulan Muara.

"Bangunan ini juga masih milik UMNO Selangor dan ia hanya akan dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat terbabit," katanya kepada Sinar Harian semalam.

 Noh Omar
Noh Omar

Sebelum ini, status bangunan UMNO Selangor menjadi polemik dalam kalangan ahli parti itu selepas ia dikhabarkan bakal dijual susulan berdepan masalah kewangan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Noh menegaskan bangunan itu tidak akan dijual kepada mana-mana pihak dan bakal dipulihkan semula untuk dijadikan sebagai Pusat Pembangunan Usahawan (EDC).

Mengulas lanjut mengenai perkembangan bangunan itu, Noh berkata, antara kemudahan yang terdapat di EDC meliputi 53 bilik untuk disewa oleh golongan usahawan khususnya mereka yang baru ingin bertapak.

"Kita sedar, mungkin ada usahawan yang tak mampu untuk menyewa pejabat besar dan disebabkan itu kita wujudkan 53 virtual office ini untuk tarik minat mereka menyewa premis di bangunan ini," katanya.

Selain itu, beliau berkata, terdapat beberapa kemudahan lain yang sedang dibangunkan di bangunan berkenaan antaranya seperti restoran, gimnasium, dewan persidangan dan dewan pengantin.

Malah, Noh berkata, usaha juga sedang digiatkan bagi membangunkan e-stadium di bangunan itu bagi menjadi platform buat anak-anak muda untuk mengisi masa lapang mereka.

"Pelaksanaan stadium e-sport ini sedang dijalankan dan ini juga merupakan usaha menarik lebih ramai orang untuk datang ke bangunan ini," katanya.