Op Samseng: 120 tolak motosikal satu jam ke balai

Seramai 42 penunggang motosikal terpaksa menolak kenderaan masing-masing selama hampir stau jam selepas ditahan dalam Op Samseng Jalanan, semalam.
Seramai 42 penunggang motosikal terpaksa menolak kenderaan masing-masing selama hampir stau jam selepas ditahan dalam Op Samseng Jalanan, semalam.
A
A
A

TAIPING - [DIKEMASKINI] Bukan setakat disaman, seramai 120 penunggang dan pembonceng motosikal terpaksa menolak kenderaan mereka selama satu jam ke Balai Polis Batu Kurau di sini semalam.

Mereka semua ditahan dalam Op Samseng Jalanan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping bermula jam 5 petang sehingga 10 malam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, dalam operasi itu seramai 120 individu diperiksa membabitkan 98 motosikal.

"Kesemua kenderaan itu dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan lanjut dan daripada jumlah itu sebanyal 42 motosikal disita atas pelbagai kesalahan, namun tiada sebarang tangkapan dibuat," katanya.

Menurutnya, dalam operasi sama sebanyak 134 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen, cermin sisi, nombor pendaftaran dan topi tidak mengikut spesifikasi dibenarkan.

Artikel Berkaitan: