Wajib kerja dari rumah, hanya 10 peratus boleh ke pejabat: MITI

Pihak industri wajib melaksanakan amalan bekerja dari rumah bagi kakitangan kumpulan pengurusan dan penyeliaan, dan hanya 10 peratus daripada kumpulan tersebut boleh berada di pejabat. Gambar hiasan. Foto Bernama
Pihak industri wajib melaksanakan amalan bekerja dari rumah bagi kakitangan kumpulan pengurusan dan penyeliaan, dan hanya 10 peratus daripada kumpulan tersebut boleh berada di pejabat. Gambar hiasan. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pihak industri wajib melaksanakan amalan bekerja dari rumah bagi kakitangan kumpulan pengurusan dan penyeliaan, dan hanya 10 peratus daripada kumpulan tersebut boleh berada di pejabat.

Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam kenyataan mengenai soalan lazim berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini, kakitangan kumpulan pengurusan dan penyeliaan merangkumi antaranya tugasan melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan dan ICT.

Katanya, pekerja dihadkan untuk berada di pejabat selama empat jam sahaja bermula jam 10 pagi hingga 2 petang untuk tiga hari seminggu.

“Syarikat boleh menjalankan sistem penggiliran bagi menetapkan wakil kumpulan pengurusan dan penyeliaan yang perlu hadir ke pejabat.

“Syarikat juga dinasihatkan untuk menyediakan senarai pekerja yang terlibat untuk BDR dan juga dalam operasi syarikat untuk rujukan pihak berkuasa, sekiranya diperlukan,” katanya.

Menurut MITI, majikan perlu mengeluarkan surat pelepasan perjalanan bagi setiap kakitangan yang dibenarkan bekerja sepanjang tempoh PKPB.

Bagi pekerja sektor lain yang dikategorikan sebagai sektor informal seperti sektor peruncitan, makanan, perladangan, pertanian, penjaja, gerai makan, restoran, medan selera, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan bekerja seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) PKPB yang ditetapkan.

Pekerja bagi perkhidmatan pengangkutan seperti pengangkutan awam, bas ekspres, Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), teksi, e-hailing dan khidmat penghantaran makanan juga boleh bekerja seperti biasa, menurut MITI.

Artikel Berkaitan:

-Bernama