Saad Hariri Perdana Menteri baharu Lubnan

SAAD HARIRI. Foto: Agensi
SAAD HARIRI. Foto: Agensi
A
A
A

BEIRUT - Saad Hariri dinamakan sebagai Perdana Menteri baharu Lubnan hari ini iaitu setahun selepas beliau mengundurkan diri dari jawatan itu.

Hariri, 50, yang dilantik buat kali ketiga sebagai Perdana Menteri turut berjanji membentuk kerajaan teknokrat yang komited terhadap inisiatif Perancis untuk menarik Lubnan keluar dari krisis.

"Saya akan berusaha membentuk kerajaan dengan segera kerana masa semakin suntuk dan ini adalah satu-satunya peluang terakhir untuk negara kita," katanya.

Tahun lalu, Hariri meletak jawatan selepas tunduk kepada bantahan besar-besaran seluruh negara yang menentang amalan rasuah dan sektarianisme.

Hariri adalah anak kedua bekas Perdana Menteri Lubnan ke-22, Rafik Hariri.

Bapanya terbunuh dalam serangan bom di Beirut pada 2005 sehingga mencetuskan pergolakan di Lubnan selama bertahun-tahun. - AFP

Artikel Berkaitan: