X

Kindly register in order to view this article
!

'Gencatan politik satu keputusan bijaksana'

JAMIL KHIR BAHAROM
A
A

ALOR SETAR - Gencatan politik yang diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi semalam dilakukan demi kestabilan politik dan kepentingan rakyat dalam mendepani wabak Covid-19 serta kegawatan ekonomi.

Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya menyambut baik dan memberi sokongan penuh terhadap kenyataan tersebut.

Menurutnya, keputusan bertanggungjawab dan bijaksana itu mampu memastikan kerajaan mempunyai ruang yang cukup untuk memberi keutamaan kepada agenda membantu rakyat.

"Keperluan kestabilan politik semasa negara amat diperlukan buat masa ini bagi memberikan ruang dan peluang seluas mungkin.

"Ia bagi kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta barisan Kabinetnya menumpukan soal menjaga kebajikan rakyat daripada Covid-19 di samping mengolah kembali ekonomi negara yang terkesan disebabkan pandemik ini.

"UMNO Kedah yakin dan percaya keputusan tersebut adalah terbaik untuk meredakan keresahan, kesusahan dan penderitaan rakyat dalam kehidupan seharian perlu segera ditangani serta diselesaikan dengan mengambil pendekatan drastik dan efektif," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jamil Khir berkata, rakyat mendambakan sokongan dan bantuan kerajaan bagi membantu kesusahan rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana.

"Inilah saat di mana semua parti bersama-sama mengetepikan perbezaan fahaman politik dan memikirkan solusi terbaik bagi mensejahterakan kepentingan rakyat menghadapi wabak Covid-19 dan meredakan sebentar political climate negara," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!