'Saya tak nak komen sangat, hubungan kami baik'

Ahmad Faizal Azumu
Ahmad Faizal Azumu
A
A
A

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu enggan mengulas lanjut pertikaian UMNO berhubung lantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu daripada parti itu sebagai setiausaha politiknya, minggu lalu.

Beliau berkata, pihaknya tidak mahu ulasan-ulasan diberikan akan mengganggu gugat hubungan baik antara kedua-dua parti sebagai sebuah kerajaan di Perak.

"Perkara seperti ini saya tak nak komen sangat kerana kami punya hubungan yang baik. Hubungan parti politik yang saya wakili iaitu Bersatu dengan UMNO dan Pas juga baik.

"Jika saya cakap apa juga, orang akan beri pandangan yang berbeza, jadi saya tak nak komen tentang perkara itu.

"Cuma saya nak sampaikan, semalam kami telah mengadakan Mesyuarat Exco dan mahu fokus untuk meneruskan kerja serta beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Sukan Hoki dan Kriket Negeri Perak di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Terdahulu, dalam satu kenyataan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad mempertikaikan lantikan Datuk Aznel Ibrahim yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gerik sebagai setiausaha politik kepada menteri besar kerana ia tidak dibincangkan dengan badan perhubungan negeri atas semangat setiakawan dan prinsip hormat menghormati.

ARTIKEL BERKAITAN: Aznel angkat sumpah jawatan Setiausaha Politik MB Perak

ADUN UMNO dilantik Setpol MB Perak

Dalam perkembangan sama, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu menafikan lantikan Aznel dibuat bagi mengukuhkan sokongan dan kedudukannya dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak.

Ketika ini pihaknya masih mendapat sokongan kuat daripada ADUN UMNO dan Pas bagi memimpin pentadbiran kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan:

"Saya tak perlu buat begitu kerana saya percaya saya dapat sokongan kuat semua ADUN UMNO, Pas dan tentunya Bersatu.

"Saya yakin mereka kekal pendirian dengan kerajaan PN ini.

"Minggu depan kita ada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan saya yakin semuanya akan berjalan lancar," katanya.