Ambil iktibar demonstrasi di Jakarta dan Bangkok, kata Ahmad Shabery

Tangkap layar Facebook Ahmad Shabery.
Tangkap layar Facebook Ahmad Shabery.
A
A
A

SHAH ALAM - Demonstrasi besar-besaran di Jakarta dan Bangkok harus dijadikan iktibar dalam mengelak perkara buruk berlaku ketika kegawatan ekonomi dan badai koronavirus (Covid-19).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut berkata, keadaan di dua bandar raya itu juga amat menggerunkan apabila himpunan dan protes itu berlaku secara berterusan.

"Menyalakan api kemarahan lebih mudah daripada memadamnya. Sukar menjangkakan kesan jangka panjang mereka," katanya dalam satu catatan di laman Facebooknya hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, gencatan politik perlu dilaksanakan bagi meredakan suhu politik negara sekali gus membolehkan sebarang keputusan dibuat dalam keadaan tenang.

"Ambil iktibar, bergencatanlah dahulu. Turunkan suhu. Semoga apa pun keputusan dibuat dalam keadaan tenang," katanya.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan gencatan politik susulan perkembangan Covid-19 dan menegaskan untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, UMNO juga mendokong kerajaan PN dalam memberi fokus kepada agenda membantu rakyat dan negara.

Pada 13 Oktober yang lalu dalam mesyuarat Biro Politik UMNO, parti itu mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan PN dan meletakkan syarat baharu kepada kerajaan PN.

Artikel Berkaitan: