Kaunter APAD dibuka sehingga jam 1 petang

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kaunter Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) di Wilayah Tengah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibuka bermula jam 8 pagi sehingga 1 petang berkuat kuasa hari ini.

APAD dalam kenyataannya berkata, kaunter dibuka pada hari bekerja sahaja.

Urusan di kaunter melibatkan permohonan membaharui lesen, melesenkan kenderaan mengikut Surat Tawaran Kelulusan dan serahan dokumen kelulusan.

"Orang ramai yang datang berurusan di kaunter APAD dinasihatkan untuk mengamalkan segala garis panduan pencegahan Covid-19 seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

Artikel Berkaitan: