Covid-19: Lebih 300 pelajar, guru SK Pekan 1 jalani saringan

Lebih 300 pelajar dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan 1 di sini menjalani ujian Covid-19 di kantin sekolah itu, apabila seorang pelajar sekolah itu telah diuji positif beberapa hari lepas.
Lebih 300 pelajar dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan 1 di sini menjalani ujian Covid-19 di kantin sekolah itu, apabila seorang pelajar sekolah itu telah diuji positif beberapa hari lepas.
A
A
A

LABUAN - Lebih 300 pelajar dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan 1 di sini menjalani ujian Covid-19 di kantin sekolah itu, apabila seorang pelajar sekolah itu telah diuji positif beberapa hari lepas.

Satu pesanan menerusi WhatsApps yang dihantarkan kepada ibu bapa oleh guru besar sekolah itu Anita Shyamini S Azman mengingatkan pelajar dan ibu bapa yang merupakan kontak rapat kepada pelajar tersebut untuk menjalani ujian tersebut antara jam 8.30 hingga 11 pagi hari ini.

Pengarah Pelajaran Labuan Khaziyati Osman memberitahu Bernama, Jabatan Kesihatan Labuan telah memaklumkan mengenai pelajar yang positif tersebut dan keperluan untuk menjalankan ujian itu terhadap pelajar dan guru-guru hari ini.

“Kami dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Labuan keperluan untuk membuat ujian pada pelajar dan guru yang merupakan kontak rapat pelajar terbabit, dan apa yang kami tahu pelajar terbabit telahpun diuji positif sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikenakan,” katanya.

Kerajaan telah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Saguking Laut dan Sebor Baru (beberapa ratus meter dari SK Pekan 1) dari 21 Oktober hingga 3 November.

Labuan dikenakan PKPB dari 17 hingga 31 Oktober, dengan 169 kes positif dilaporkan semalam (21 Oktober).

Sekolah pertama di arahkan ditutup sementara untuk sanitasi merupakan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara pada 8 Oktober, apabila dua pelajar diuji positif, diikuti SK Kerupang dengan seorang pelajar dan SMK Pantau (dua pelajar positif) masing-masing pada 14 dan 20 Oktober.

- Bernama

Artikel Berkaitan: