Dua pelajar didakwa bersubahat penggal kepala guru

Gambar fail menunjukkan seorang lelaki melihat bunga-bunga diletakkan di luar sekolah yang menjadi tempat Samuel Paty mengajar bagi memperingati kematiannya di pinggir Conflans-Sainte-Honorine, luar Paris. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan seorang lelaki melihat bunga-bunga diletakkan di luar sekolah yang menjadi tempat Samuel Paty mengajar bagi memperingati kematiannya di pinggir Conflans-Sainte-Honorine, luar Paris. - Foto AFP
A
A
A

PARIS - Dua remaja yang didakwa bersubahat bersama pembunuh yang memenggal kepala seorang guru Perancis, Samuel Paty didakwa semalam kerana bersubahat dalam pembunuhan, kata seorang pendakwa raya, Jean-Francois Ricard.

Ricard berkata, dua remaja sekolah terbabit masing-masing berumur 14 dan 15 tahun membahagikan wang antara 300 hingga 350 euro (RM1,474.56 hingga RM1,720.32) yang ditawarkan oleh pembunuh tersebut bagi mencari Paty.

Kedua-dua mereka berada bersama pembunuh, Abdullakh Anzorov, 18, dari Chechnya selama lebih dua jam menunggu Paty selepas dia memberitahu niatnya untuk membunuh guru berkenaan berhubung kartun Nabi Muhammad SAW, kata pendakwa raya tersebut.

Anzorov kemudian membunuh Paty semasa dia dalam perjalanan pulang dari sekolahnya iaitu tempatnya mengajar di pinggir Conflans-Sainte-Honorine, luar Paris pada Jumaat lalu.

Pembunuh itu kemudian mati ditembak polis.

Kedua-dua pelajar berkenaan adalah antara tujuh orang yang didakwa kerana membunuh.

Bapa salah seorang pelajar Paty yang memulakan kempen bagi menyingkirkannya dari sekolah tersebut walaupun anak perempuannya tidak berada di dalam kelas semasa kartun itu ditunjukkan kepada rakan-rakan sekelas yang lain turut didakwa bersubahat dalam kes berkenaan, kata pihak pendakwa raya anti pengganas.

Turut didakwa dalam kejadian tersebut ialah seorang individu radikal Islam yang membantu bapa tersebut.

Artikel Berkaitan:

Paty, 47, menjadi sasaran kebencian di online kerana dia memilih bahan-bahan kartun tersebut dalam pengajaran kepada para pelajarnya. - AFP