'Kerja dari rumah, gaji seperti biasa'

M Saravanan
M Saravanan
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Sumber Manusia menegaskan bayaran gaji bagi pekerja di kawasan yang diisytiharkan terlibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan diarahkan untuk bekerja dari rumah dengan syarat tertentu perlu dibayar seperti biasa.

Menterinya, Datuk Seri M Saravanan berkata, majikan tidak boleh memaksa atau mengarahkan pekerja menggunakan cuti tahunan atau mengambil cuti tanpa gaji.

"Perkara ini selaras dengan perintah dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

"Bagaimanapun majikan boleh berbincang dengan pekerja tindakan serta keputusan yang akan diambil untuk kepentingan bersama," katanya.



Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) melalui talian 03-8886 2352 / 03-8886 2409 / 03-8888 9111.

Terdahulu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan arahan supaya pekerja sektor awam dan swasta di peringkat pengurusan dan pengawasan di kawasan PKPB diarahkan bekerja dari rumah bermula hari ini (Khamis).

ARTIKEL BERKAITAN 'Arahan bekerja dari rumah gagal, mengelirukan'

Sejuta pekerja bekerja dari rumah bermula Khamis ini

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, arahan itu melibatkan satu juta pekerja di kedua-dua sektor di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Sabah.