X

Kindly register in order to view this article
!

Gencatan politik: Suhu politik kembali tenang

Ahmad (lima dari kiri) mengadakan pertemuan dengan Pengarah Hospital Pontian di sini hari ini.
A
A

PONTIAN - Pendirian UMNO melakukan gencatan politik menerusi kenyataan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu lalu diharap dapat menenangkan suhu politik negara.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, usaha menangani wabak koronavirus (Covid-19) seterusnya membantu rakyat yang terkesan merupakan agenda utama parti pada masa kini.

"Gencatan politik yang lakukan UMNO ini, tentunya ada sebab, UMNO hendak tumpukan kepada menangani Covid - 19 yang diketahui umum menjadi keutamaan.

"Justeru, kenyataan daripada Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tentang gencatan politik ini diharap akan meredakan suhu politik negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarah Hospital Pontian, Dr Iszaid Idris di sini hari ini.

Rabu lalu, Ahmad Zahid mengambil pendirian untuk mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam memberi fokus kepada agenda membantu rakyat ketika Covid- 19 serta kegawatan ekonomi.

Ketika ditanya mengenai Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menjelaskan bahawa mesyuarat itu akan diadakan selepas tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berakhir pada 27 Oktober ini.

" Bila PKPB sudah tamat, kita boleh adakan mesyuarat tetapi setakat ini belum ada rancangan untuk adakannya.

"Mesyuarat MKT di Janda Baik yang dijadualkan pada Selasa lalu juga ditangguhkan kerana tidak mahu langgar PKPB. Ramai yang tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur, jadi mereka perlu rentas negeri.

" Akhirnya nanti ia akan jadi isu kepada rakyat, rakyat perlu bersusah payah untuk rentas negeri dengan kebenaran polis, jika ada keperluan seperti kematian dan sakit tenat. Jadi kita ambil keputusan untuk tangguh MKT ini kerana tidak mahu jadi isu, " katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!