Gangguan bekalan air KL, Selangor pulih sepenuhnya

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Kesemua 1,292 kawasan di Wilayah Petaling, Klang dan Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor yang terjejas akibat gangguan bekalan air tidak berjadual telah pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kenyataan memaklumkan bekalan air terjejas berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang.

"Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

"Air Selangor menyarankan para pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui saluran-saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk aplikasi Air Selangor, Facebook, Twitter dan Instagram, serta laman web kami di www.airselangor.com," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan: