Pakai selipar curi wang tabung masjid

Berdasarkan semakan CCTV, wang sumbangan tabung Masjid Al-Falihin Kampung Alai, Kandang dipercayai dilarikan oleh seorang lelaki bertubuh gempal dalam kejadian pada jam 2.20 pagi semalam.
Berdasarkan semakan CCTV, wang sumbangan tabung Masjid Al-Falihin Kampung Alai, Kandang dipercayai dilarikan oleh seorang lelaki bertubuh gempal dalam kejadian pada jam 2.20 pagi semalam.
A
A
A

MELAKA - Seorang lelaki bukan sahaja bertindak biadap memakai selipar di ruang solat wanita, malah turut melarikan wang sumbangan tabung Masjid Al-Falihin Kampung Alai, Kandang di sini, semalam.

Menerusi rakaman kawalan kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan mendapati kejadian dipercayai berlaku jam 2.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, salah seorang kariah telah membuat laporan polis lebih kurang jam 6.51 pagi selepas mendapati jeriji tingkap di tepi masjid berkenaan telah diumpil.

"Semakan CCTV masjid menunjukkan suspek yang bertubuh gempal telah masuk ke ruang solat wanita sebelum memecahkan sebuah tabung.

"Maklumat awal masjid tersebut mempunyai lima buah tabung namun hanya satu yang telah dilarikan dan nilai kerugian dianggarkan sebanyak RM300," katanya ketika dihubungi di sini hari, ini.

Difahamkan kutipan wang dari tabung-tabung sumbangan itu dibuat seminggu sekali selepas solat Jumaat dan kali terakhir kutipan dibuat oleh pihak masjid pada Jumaat minggu lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun.

Artikel Berkaitan: