Bayern Munich benam Atletico Madrid 4-0

Kingsley Coman (kanan) menyumbang dua gol memastikan Bayern Munich terus unggul di hadapan dengan 4-0 ketika bertemu Atletico Madrid. - Foto Reuters
Kingsley Coman (kanan) menyumbang dua gol memastikan Bayern Munich terus unggul di hadapan dengan 4-0 ketika bertemu Atletico Madrid. - Foto Reuters
A
A
A

ANKARA - Juara bertahan Liga Juara-Juara UEFA, Bayern Munich, memulakan kempen 2020-21 dengan bergaya apabila membenam Atletico Madrid dari Sepanyol menerusi jaringan 4-0 dalam perlawanan Kumpulan A pada Rabu, lapor Agensi Anadolu.

Bayern Munich memulakan aksi cemerlang dengan membolosi gawang lawang hasil jaringan penyerang Kingsley Coman pada minit ke-28.

Pasukan tuan rumah itu terus menambah jaringan pada minit ke-41 menerusi tendangan pemain tengah, Leon Goretzka, sekali gus menewaskan penjaga gol Atletico, Jan Oblak.

Pada minit ke-66, pemain Corentin Tolisso pula menghasilkan jaringan menerusi tendangan jarak jauh menjadikan pasukannya selesa mendahului dengan 3-0.

Coman sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-72 untuk memastikan Bayern Munich terus unggul di hadapan dengan 4-0.

Keputusan:

- Kumpulan A:

Salzburg - Lokomotiv Moscow: 2-2

Artikel Berkaitan:

Bayern Munich - Atletico Madrid: 4-0

- Kumpulan B:

Real Madrid - Shakhtar Donetsk: 2-3

Inter Milan - Borussia Monchengladbach: 2-2

- Kumpulan C:

Manchester City - Porto: 3-1

Olympiacos - Olympique Marseille: 1-0

- Kumpulan D:

Ajax - Liverpool: 0-1

Midtjylland - Atalanta: 0-4

- Bernama