Covid-19: Satu daripada dua pesakit tidak bergejala

Setakat ini, Malaysia merekodkan 22,957 kes positif Covid-19 dengan 7,827 pesakit sedang menerima rawatan.
Setakat ini, Malaysia merekodkan 22,957 kes positif Covid-19 dengan 7,827 pesakit sedang menerima rawatan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Satu daripada dua atau 50.2 peratus pesakit Covid-19 didapati tanpa gejala sewaktu dikesan positif.

Dapatan itu berdasarkan hasil kajian yang dijalankan oleh Institut Kesihatan Negara (NIH) terhadap 5,889 pesakit Covid-19.

Daripada jumlah itu, 31.6 peratus adalah bergejala namun tidak mempunyai masalah radang paru-paru.

Sebanyak 13.6 peratus didapati mempunyai radang paru-paru tanpa mengalami gejala sesak nafas.

Hanya 3.5 peratus pesakit Covid-19 yang mempunyai radang paru-paru dan mengalami sesak nafas.

Daripada jumlah itu juga 1.1 peratus pesakit berada dalam keadaan tenat.

Hasil kajian itu jelas menunjukkan semua lapisan masyarakat perlu memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam bagi mengelakkan diri dijangkiti.

Gejala Covid-19 yang paling kerap dikesan adalah batuk, demam dan sakit tekak.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini, Malaysia merekodkan 22,957 kes positif Covid-19 dengan 7,827 pesakit sedang menerima rawatan.

Kematian berkaitan Covid-19 juga dilaporkan hampir saban hari selepas pandemik itu memasuki gelombang ketiga.

Kes kematian direkodkan adalah 199 kes.