Rampas kasut, selipar tiruan RM500,000

KPDNHEP merampas 25,000 pasang kasut dan selipar bernilai RM500,000 disyaki tiruan.
KPDNHEP merampas 25,000 pasang kasut dan selipar bernilai RM500,000 disyaki tiruan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur merampas 25,000 pasang kasut dan selipar bernilai RM500,000 disyaki tiruan menggunakan jenama terkenal dalam serbuan di sebuah pusat pemborong di Chow Kit semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Zubir Hamsa berkata, serbuan dilakukan kira-kira jam 11.30 pagi membabitkan lapan buah stor di tingkat empat dan lima premis berkenaan.

Katanya, risikan dilakukan selama satu minggu bermula dari kiosk yang menjual barangan tersebut.

"Kita dapati penjual turut menjual barangan tersebut secara dalam talian dan siasatan masih dijalankan di bawah Akta Cap Dagangan 2019," katanya hari ini.

KPDNHEP Kuala Lumpur menyerbu lapan buah stor di sebuah pusat pemborong di Chow Kit, Kuala Lumpur semalam.
KPDNHEP Kuala Lumpur menyerbu lapan buah stor di sebuah pusat pemborong di Chow Kit, Kuala Lumpur semalam.

Mengulas lanjut, merujuk kepada statistik penghasilan kes sepanjang tahun ini, sebanyak 36 membabitkan Akta Cap Dagangan 2019 dengan jumlah sitaan sebanyak 60,000 unit dan nilai rampasan mencecah RM3 juta.

Tegasnya, KPNHEP memberi amaran dan peringatan kepada supaya tidak melanggar undang-undang khususnya melibatkan penjualan dan pengedaran barangan tiruan.

"Sebarang aduan boleh disalurkan kepada Kementerian ini melalui Portal kpdnhep www.kpdnhep.gov.my, Call Centre 1800-886-800, emel e-aduan@kpdnhep.gov.my, aplikasi telefon pintar Ez ADU, Enforcement Command Centre (ECC) 03-8882 6245/6088 dan talian 03-8000 8000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC).

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai juga boleh salurkan menerusi WhatsApp ke 019- 2794317 atau hadir ke mana-mana pejabat KPDNHEP di seluruh negara," katanya.