X

Kindly register in order to view this article
!

Kaji semula keputusan NFA ke atas Khairuddin

Ciapan yang dimuat naik Kah Woh di Twitternya hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh mempersoalkan keputusan Peguam Negara untuk tidak mengambil tindakan lanjut (NFA) terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berhubung pelanggaran mematuhi perintah kuarantin kendiri wajib koronavirus (Covid-19).

Menerusi ciapan di Twitternya hari ni, Kah Woh berkata, Peguam Negara perlu memberi penjelasan kepada rakyat selain perlu mengkaji semula keputusan NFA tersebut.

"Kementerian Kesihatan (KKM) juga telah mengesahkan denda sebanyak RM1,000 telah dibayar oleh Mohd Khairuddin sebelum ini.

"Pembayaran denda itu sendiri adalah pengakuan bersalah oleh Mohd Khairuddin dan adakah Peguam Negara cuba tidak mempedulikan kenyataan ini dalam kenyataan oleh AGC (Jabatan Peguam Negara) semalam?" ciapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada keterangan kukuh Khairuddin langgar kuarantin: Peguam Negara

Tambahnya, sekiranya AGC mendapati bahawa tidak ada kes terhadap Mohd Khairuddin kerana Borang 14B tidak dikeluarkan, mengapa Ahli Parlimen Kuala Nerus itu diberikan notis kompaun oleh KKM pada bulan Ogos lalu?

Malah katanya, bukan tugas Peguam Negara untuk mencari jalan atau alasan bagi Mohd Khairuddin melepaskan diri dalam kes tersebut.

Beliau berkata, malangnya, Peguam Negara telah bertindak seperti peguam pembela kepada Mohd Khairuddin dalam kes ini.

"Saya ingin mengingatkan Peguam Negara bahawa dalam kes yang jelas melibatkan Khairuddin, di mana bukti prima facie tidak diragukan lagi, satu tuduhan terhadap beliau tidak dapat dielakkan.

"Adalah tugas Mohd Khairuddin untuk membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah di mahkamah dan dia mempunyai hak untuk mencabar kes pendakwaan," katanya.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis menerima arahan agar tiada tindakan lanjut (NFA) selepas kertas siasatan dirujuk kepada AGC.

Menurutnya, AGC mengeluarkan arahan berkenaan susulan tiada keterangan kukuh bagi mengasaskan pertuduhan ke atas beliau.

"Ia selepas sudut keterangan didapati menteri berkenaan tidak diserahkan dengan borang 14b di bawah Seksyen 15 (1) Akta 342 bagi tujuan menjalani kuarantin," katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes menteri langgar kuarantin Covid-19 tiada tindakan lanjut


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!