Selamat berangkat tuanku!

A
A

Ribuan rakyat Pahang daripada segenap lapisan masyarakat teruja berkumpul di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini hari ini bagi menyertai istiadat memuliakan keberangkatan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar ke ibu negara hari ini.

Pasangan diraja itu berangkat meninggalkan negeri Pahang bagi menggalas jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong susulan pemilihan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas), 24 Januari lalu.